aku tak mahu menjadi lalang..
mudah condong ditiup bayu..
aku tak mahu menjadi pantai..
mudah berubah dihempas ombak..
tapi apa daya ku..
kelembutan sang bayu mempersona..
hempasan sang ombak manja meruntun jiwa..
dan aku..hanyut dibuai keindahan..
yg pernah hilang satu ketika..
sekonyong timbul kembali..
dengan munculnya sang dewi..
memarakkan semula bara yg hampir hilang bahangnya..
maafkan daku..
No comments:
Post a Comment